Site icon TechNave BM

HUAWEI akan lancarkan komputer riba dan konsol “gaming”

HUAWEI mungkin akan melancarkan sebuah konsol gaming yang akan bersaing dengan konsol utama pada waktu ini iaitu Sony PlayStation dan Microsoft Xbox. Di samping itu, mereka juga akan melancarkan komputer riba gaming yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Pada tahun lalu, HONOR telah melancarkan komputer riba gaming HONOR Hunter dan HUAWEI mempunyai perancangan untuk melakukan perkara sama pada 2021. Ini bakal menjadi percubaan pertama HUAWEI untuk menceburi industri komputer gaming, selepas melancarkan komputer riba MateBook X Pro, MateBook 13 dan MateBook 14 pada tahun lalu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI Central

Exit mobile version