Site icon TechNave BM

HUAWEI akan lancarkan telefon pertama dengan cipset MediaTek Dimensity 700

Pada awal bulan ini, MediaTek telah pun melancarkan cipset Dimensity 700 iaitu cipset 5G untuk telefon kelas pertengahan. Kini terdapat khabar mengatakan HUAWEI bakal menghasilkan telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut.

Menurut sumber, telefon tersebut akan dilengkapi skrin IPS 6.5 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 60Hz. Beliau turut mengatakan telefon HUAWEI ini akan dilengkapi empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah kamera 16MP.

Ia juga dikhabarkan akan dilengkapi bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Setakat ini masih tiada maklumat tentang nama telefon tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan Dimensity 700 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station

Exit mobile version