Site icon TechNave BM

HUAWEI akan lancarkan tiga produk baru pada 10 September

HUAWEI akan menganjurkan sebuah acara pelancaran pada hari Khamis, 10 September di mana tiga produk baru akan diperkenalkan. Pada hari itu juga, HUAWEI Developer Conference 2020 akan dimulakan jadi pelancaran itu mungkin akan dibuat seiring dengan konferens tersebut.

Berdasarkan poster untuk acara pelancaran ini, siri Mate 40 tidak akan dilancarkan dalam acara ini. Poster tersebut menunjukkan tiga ikon, di mana salah satunya berupa komputer riba yang mungkin adalah MateBook X. Memandangkan HUAWEI baru sahaja melancarkan MateBook X dengan pemproses Intel pada minggu lepas, komputer yang akan dilancarkan pada 10 September mungkin adalah varian yang dilengkapi pemproses AMD Ryzen.

Ikon kedua menunjukkan muka jam tangan, jadi mungkin produk yang dimaksudkan adalah Watch Fit atau Watch GT 2 Pro. Ikon ketiga pula menunjukkan corak gelombang audio, jadi mungkin produk ketiga ini adalah pembesar suara mirip Sound X. Media mengandaikan ini mungkin adalah pelancaran untuk pembesar suara FreeGo Portable Bluetooth Speaker.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk baru daripada HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version