Site icon TechNave BM

HUAWEI anjur pameran unik di Mahsa University Jenjarom, rasai pengalaman ekosistem pintar

Jarang sekali kita melihat pameran elektronik yang berlangsung di dalam kampus atau universiti. Biasanya, ia berlangsung di pusat beli belah atau pusat pameran. HUAWEI kini mengambil langkah berbeza dengan mengadakan pameran HUAWEI Ecosystem Campus dengan kerjasama Mahsa University.

Pameran HUAWEI Ecosystem campus ini sedang berlangsung sehingga 8 November 2020 di Mahsa University (kampus Jenjarom). Melalu pameran ini, HUAWEI membenarkan pelajar dan warga universiti untuk pengalaman sebenar menggunakan pelbagai produk ekosistem HUAWEI termasuklah HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI Watch GT 2 Pro, siri HUAWEI P40, MatePad Pro dan lain-lain.

Lebih menarik pameran ini mempunyai enam zon berbeza untuk pengalaman yang teknologi yang berbeza; Pejabat, Pantai, Gim, Ruang Tamu, Dapur, Kafe dan Pengangkutan Awam. Zon-zon ini memberi pengalaman untuk anda belajar menggunakan peranti-peranti pintar, contohnya menyambung siri HUAWEI P40 dengan MatePad Pro atau televisyen pintar!

Zon Pantai
Zon Pejabat
Zon Pengangkutan Awam
Zon Ruang Tamu
Zon Dapur

Jika anda berada di kawasan Jenjarom atau berdekatan Mahsa University kampus Jenjarom, inilah peluang anda untuk berkunjung ke pameran yang eksklusif ini. Apakah pandangan anda mengenai pameran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version