Site icon TechNave BM

HUAWEI AppGallery benarkan pengguna memuat turun aplikasi berbayar secara percuma

Kini, HUAWEI AppGallery membolehkan pengguna memuat turun aplikasi berbayar secara percuma. Larangan pembekal di Amerika Syarikat telah menyebabkan telefon HUAWEI tidak mempunyai akses ke Google Play untuk memuat turun aplikasi. Mereka menawarkan AppGallery sendiri sebagai sebahagian daripada HUAWEI Mobile Services.

Seperti yang didedahkan oleh pembangun Android Dylan Roussel, API AppGallery tidak menawarkan sebarang perlindungan untuk aplikasi berbayar. Ia memerlukan beberapa langkah dan pengetahuan teknikal. Sekiranya pengguna tidak tahu cara tersebut, maka pengguna boleh mendapatkan pautan APK untuk aplikasi premium dan memuat turunnya secara percuma.

Menurut Roussel, mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal boleh mendapatkan pautan APK dengan mudah untuk memuat turun aplikasi berbayar di AppGallery secara percuma. Malah, beliau turut berjaya memuat turun dan menggunakan pelbagai aplikasi dengan mengeksploitasi kelemahan itu.

Beliau berkata bahawa kelemahan itu bukan dari pihak pembangun aplikasi, tetapi sesuatu yang mesti diperbaiki oleh HUAWEI secepat mungkin. Ini kerana kecacatan tersebut berpotensi membawa kepada isu privasi data pengguna dan pembangun.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines 

Exit mobile version