Site icon TechNave BM

HUAWEI bakal lancarkan dua MateBook premium baharu, naik taraf pemproses Tiger Lake

Baru-baru ini, HUAWEI dilapor bakal melancarkan dua lagi MateBook kelas tinggi di pasaran komputer riba. Model baharu ini dikatakan bakal hadir dalam keluarga siri MateBook 13 dan MateBook 14.

Walaupun masih tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi kedua-dua model baharu yang bakal dilancar ini, namun sumber menjangkakan ia bakal dinaik taraf kepada pemproses Intel Generasi Ke-11 dan beberapa konfigurasi baharu. Terdahulu, HUAWEI telah melancarkan MateBook D14/D15 baharu dengan naik taraf CPU Tiger Lake.

Di sisi yang lain dalam pasaran komputer riba, HUAWEI telah memperkenalkan HUAWEI App Store untk komputer riba. Platform aplikasi ini bakal memudahkan pengguna komputer riba HUAWEI dan pastinya memperbesar ekosistem HUAWEI.

Anda juga boleh menyemak berita lepas mengenai jangkaan dan gambar HUAWEI P50. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version