Site icon TechNave BM

HUAWEI bakal lancarkan HUAWEI P40 versi 4G dengan Kirin 990 4G, harga lebih rendah

Di sebalik kehadiran siri HUAWEI P40 yang telah dilancar pada tahun lepas, HUAWEI kini dilihat bakal melancarkan HUAWEI P40 versi 4G di pasaran China. Memandangkan ia adalah versi 4G, mungkin kita boleh mengharapkan kehadirannya di pasaran Malaysia kerana Malaysia sering mengalu-alukan kehadiran peranti versi 4G.

Menurut sumber, maklumat mengenai HUAWEI P40 4G telah muncul di TENAA. Peranti ini sebenarnya tidak diketahui nama sebenarnya, namun didakwa sebagai HUAWEI P40 4G oleh sumber.

Peranti didakwa HUAWEI P40 4G

Melalui penyenaraiannya di TENAA, peranti ini bakal dilengkapi cipset Kirin 990 4G, paparan 6.1 inci dan berukuran 148.9 x 71.06 x 8.5mm. Setakat ini, peranti siri-P yang terdapat di Malaysia adalah HUAWEI P40 5G, HUAWEI P40 Pro 5G dan HUAWEI P40 Pro Plus 5G. Memandangkan peranti baru ini adalah versi 4G, ia mungkin memiliki harga yang lebih rendah berbanding siri HUAWEI P40 5G.

Nantikan berita mengenai pelancaran HUAWEI P40 4G di pasaran China dan berita sekiranya ia bakal hadir di pasaran Malaysia kelak. Adakah anda akan membeli HUAWEI P40 4G jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version