Site icon TechNave BM

HUAWEI bakal lancarkan jaringan 6G pada 2030, 50 kali ganda lebih laju dari 5G!

Pada masa kini, jaringan 5G sedang giat diperkenalkan ke orang ramai. Kebanyakan telefon pintar sudah mula dikuasai oleh cipset yang dapat menyokong 5G. Namun, ianya masih jauh lagi untuk jaringan 5G menjadi piawai umum di seluruh dunia. Sementara kita masih menunggu kehadiran jaringan ini ke negara Malaysia, HUAWEI kini sedang menghasilkan teknologi untuk jaringan 6G.

HUAWEI menyatakan bahawa mereka menjangkakan untuk melancarkan jaringan 6G seawal tahun 2030. CEO syarikat mereka, Xu Zhijun, menyatakan jaringan 6G ini adalah 50 kali ganda lebih pantas dari 5G.

HUAWEI mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam 5G dan mereka merupakan antara pemimpin yang telah mencapai keputusan yang baik dalam bidang ini, lebih awal dari pesaingnya. Dengan asas yang kukuh , mereka dapat menghasilkan jaringan generasi baru dalam masa beberapa tahun lagi.

Jaringan 6G akan membolehkan beberapa perkhidmatan yang tidak mampu dilakukan pada masa kini. Dengan teknologi ini, kadar permindahan data bakal menjadi sekurang-kurangnya 1000 Gigabit/s. Untuk melakukannya, mereka perlu menjadi pakar dalam julat terahertz dan ianya bukanlah perkara yang mudah.

Sebelum ini, Apple dilihat telah mula mencari jurutera untuk menghasilkan teknologi jaringan 6G.

Nantikan berita lanjut mengenai jaringan 6G ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version