Site icon TechNave BM

HUAWEI bakal lancarkan siri Mate40 secara rasmi 22 Oktober ini

Pada hari ini, akaun rasmi HUAWEI di media sosial Twitter iaitu HUAWEI Mobile telah memuat naik sekeping gambar yang mempunyai butiran mengenai tarikh pelancaran telefon siri Mate40.

Berdasarkan gambar tersebut, pelancaran telefon siri Mate40 bakal berlangsung pada 22 Oktober ini pada jam 2 petang CEST (8 malam di Malaysia). Gambar tersebut memaparkan beberapa bentuk bulat berjalur dengan warna emas secara menyeluruh.

Bentuk bulat ini mungkin merujuk kepada reka bentuk kamera telefon siri Mate40, manakala warna emas ini mungkin adalah pilihan warna baru untuk telefon siri Mate40 ini.

Untuk spesifikasi pula, telefon siri Mate40 dijangka akan hadir dengan cipset keluaran HUAWEI yang terakhir iaitu Kirin 9000 dan juga menyokong pengecasan pantas 66W.

Menurut sumber yang lalu, ramalan harga untuk HUAWEI Mate40 Pro varian 128GB ialah 5999 Yuan (~RM3663), varian 256GB berharga 6499 Yuan (~RM3968) dan varian 512GB berharga 7399 Yuan (~ RM4518).

Anda boleh menyemak berita-berita lepas mengenai siri HUAWEI Mate40 disini.

Nantikan pelancaran telefon siri Mate40 ini bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version