Site icon TechNave BM

Huawei bakal umumkan Kirin 820 5G pada 24 Februari

Huawei baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mungkin akan memperkenalkan cipset Kirin 820 5G dalam sebuah persidangan dalam talian yang akan diadakan pada 24 Februari jam 9.00 malam. Menurut Gizchina, cipset 5G itu akan dihasilkan dengan menggunakan proses 6nm TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company).

Proses 6nm itu akan membolehkan cipset Kirin 820 untuk mempunyai ketumpatan (density) yang lebih tinggi sebanyak 18% daripada proses 7nm. Siri cipset Kirin 8 sebelum ini, Kirin 810, dihasilkan dengan proses 7nm dan tidak menyokong rangkaian 5G. Kirin 820 diharapkan akan membolehkan siri cipset Kirin 8 kelas pertengahan hingga tinggi untuk dilengkapi 5G.

Dalam persidangan dalam talian itu, Huawei juga dijangkakan untuk melancarkan produk baru seperti telefon pintar lipat keduanya, Huawei Mate Xs.

Beritahu kami jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version