Site icon TechNave BM

HUAWEI Band 4e tampilkan fungsi spesifik untuk aktiviti larian, basikal dan bola keranjang

Gelang tangan pintar HUAWEI Band 4e bukan sekadar dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan standard seperti kebanyakan gelang tangan pintar di luar sana, ia mempunyai pelbagai fungsi spesifik untuk mereka yang gemar berlari, berbasikal dan bermain bola keranjang.

HUAWEI Band 4e mempunyai sensor gerakan enam paksi (6-axis motion sensor) yang mampu mengukur sembilan aspek larian seperti corak hentakan, daya hentakan, masa kaki berada di atas tanah (ground contact time), kadar hentakan (cadence), sudut hayunan tangan dan banyak lagi. Aplikasi HUAWEI Health akan menganalisa semua data ini dan mencadangkan cara larian yang lebih baik untuk mengurangkan sebarang risiko kecederaan.

Untuk mereka yang gemar berbasikal pula, sensor gerakan enam paksi akan digunakan untuk mengukur kadar kayuhan dan aplikai HUAWEI Health App akan mencadangkan kadar yang lebih stabil untuk mengurangkan risiko kecederaan.

HUAWEI Band 4e turut menampilkan fungsi khas untuk bola keranjang, di mana ia boleh mengukur ketinggian dan masa lompatan (hang time), kelajuan larian, jarak larian, bilangan langkah dan banyak lagi, di mana semua data ini boleh dibaca dalam aplikasi HUAWEI Health.

Selain daripada fungsi-fungsi di atas, HUAWEI Band 4e dilengkapi sensor standard seperti pengukur masa tidur dan penjejak aktiviti serta rating kalis air 5ATM.

HUAWEI Band 4e akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version