Site icon TechNave BM

HUAWEI Band 9 dilancar di Malaysia: AMOLED 1.47″, TruSeen 5.5, TruSleep 4.0 berharga RM219

HUAWEI Band 9 turut dilancarkan menjanjikan keanggunan, keselesaan dan ciri pengurusan kesihatan termaju. Dengan reka bentuk anggun dan pembinaannya yang ringan termasuk paparan AMOLED skrin penuh yang bertenaga, Band 9 menawarkan pengalaman pengguna yang bergaya dan tersedia dalam lima warna yang menarik untuk disesuaikan dengan setiap pilihan.

Bukan sekadar fesyen, Band 9 menawarkan tali fluoroelastomer yang inovatif dan reka bentuk gesper berganda untuk keselesaan dan penyesuaian yang dipertingkatkan. Dipasangkan dengan lebih 10,000 muka jam termasuk empat tambahan baharu, pengguna boleh memperibadikan peranti mereka sambil menikmati ciri kesihatan yang mantap seperti HUAWEI TruSleep 4.0 dan HUAWEI TruSeen 5.5, menawarkan penjejakan tidur yang komprehensif dan pemantauan kadar denyutan jantung yang tepat.

Selain itu, Band 9 bertindak sebagai jurulatih sukan peribadi dengan lebih 100 mod senaman dan algoritma HUAWEI TruSport proprietari, memastikan setiap sesi kecergasan menyumbang kepada matlamat anda. Di luar kesihatan dan kecergasan, ciri pintarnya, hayat bateri yang dilanjutkan dan keupayaan pengecasan pantas meningkatkan kehidupan harian.

Bermula hari ini hingga 3 April 2024, pelanggan boleh membuat pra-pesanan HUAWEI Band 9 dengan hanya RM219 dengan baucar diskaun bernilai sehingga RM40 secara eksklusif di laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee atau Lazada.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi HUAWEI atau saluran media sosial. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version