Site icon TechNave BM

HUAWEI beri baucar RM200 dan hadiah percuma, peranti serendah RM1.10 sempena 11.11 Super Sale

Jika anda sedang menanti masa yang tepat untuk membeli peranti HUAWEI, berita ini mungkin menjadi penanda ini adalah masa yang tepat. Terkini, HUAWEI 11.11 Super Sale bakal berlangsung di HUAWEI Store dan platform lain* (Lazada, Shopee) dengan penawaran pelbagai hadiah menarik.

Menurut HUAWEI, anda boleh mendapatkan baucar potongan harga RM200 untuk produk tertentu bermula hari ini (3 November). Setelah mendapatkannya, anda boleh menebus baucar ini dengan pembelian bermula pada 11 November 2020 dan mendapat hadiah percuma. Berikut adalah senarai produk yang terpilih untuk anda gunakan baucar anda.

Produk Hadiah PercumaPlatformHarga Asal (RM)Harga Selepas Diskaun (RM)
HUAWEI FreeBuds 3TiadaHUAWEI Store + Lazada + Shopee679479
HUAWEI nova 7Kotak hadiah khas Nova(Mengandungi 1 botol Twilight + 1 Kabel Data Type C)HUAWEI Store + Lazada + Shopee1,9991,799
HUAWEI P40HUAWEI P40 Wireless Charging CaseHUAWEI Store + Lazada + Shopee2,7992,599
HUAWEI P40 ProPengecas wayarles kereta HUAWEI CP39S HUAWEI Store + Lazada + Shopee3,8993,699
HUAWEI P40 Pro PlusDJI Osmo Mobile 3+ Pendiri pengecas untuk HUAWEI SuperCharge WirelessHUAWEI Store + Lazada + Shopee4,9994,799
HUAWEI MateBook 13 i5Microsoft office 365 (1 tahun langganan) + HUAWEI Mouse + HUAWEI Backpack + HUAWEI CM51 Sound Stone (Grey) + Penukar USB 3.1 Type C ke HDMIHUAWEI Store + Lazada 4,9994,299
HUAWEI MateBook 13 i7Microsoft office 365 (1 tahun langganan) + HUAWEI Mouse + HUAWEI Backpack + HUAWEI CM51 Sound Stone (Grey) + Penukar USB 3.1 Type C ke HDMIHUAWEI Store + Lazada4,9994,799
HUAWEI MateBook X Pro i7Microsoft office 365 (1 tahun langganan) + HUAWEI Mouse + HUAWEI Backpack + HUAWEI CM51 Sound Stone (Grey) + Penukar USB 3.1 Type C ke HDMIHUAWEI Store + Lazada7,9997,799

Selain tawaran RM200, anda juga berpeluang mendapatkan tawaran kilat atau Flash Deals untuk peranti tertentu platform terpilih pada harga serendah RM1.10. Anda boleh sentiasa menyemak tawaran ini sama ada di HUAWEI Store, Lazada atau Shopee.

Setiap pembelian juga melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM16,000. Pemenang hadiah utama bakal membawa pulang E-Bike Orbit EB350W, manakala pemenang hadiah saguhati bakal membawa pulan E-Scooter Starlight ES2008.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman Facebook rasmi HUAWEI Malaysia. Adakah anda berminat untuk membeli mana-mana peranti HUAWEI? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version