Site icon TechNave BM

HUAWEI buang aplikasi ‘game’ Tencent dari gedung aplikasinya

Terkini, sumber melaporkan HUAWEI telah membuang kesemua aplikasi game dari Tencent Games dari gedung aplikasinya. HUAWEI dan Tencent kedua-duanya telah memberi maklum balas berkenaan perkara ini.

Menurut maklum balas dari HUAWEI, Tencent Games gagal memperbaharu kontrak lesen untuk platform game mudah alih dan perjanjian Mobile Game Promotion Project Agreement. Game dari Tencent secara rasminya tidak akan tersenarai dalam gedung aplikasi sehingga notis selanjutnya dan pihak HUAWEI memohon maaf kepada pengguna.

Berikutan perkara ini, Tencent Games menyatakan bahawa kedua-dua pihak sedang aktif berunding dan berkomunikasi untuk menyelesaikan perkara ini. Tambah Tencent, mereka akan berusaha untuk menambah baik dan memohon maaf di atas segala kesulitan.

Apa pun, perkara ini telah dilapor berdasarkan gedung aplikasi HUAWEI di pasaran China. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmoalpha

Exit mobile version