Site icon TechNave BM

Huawei buka kedai automatik sepenuhnya yang pertama di China

Jika kita sudah pun biasa dengan mesin layan diri yang menjualkan makanan ringan dan air kotak, Huawei telah mengambil idea tersebut dan membawanya ke tahap yang lebih canggih dengan membuka sebuah kedai yang tidak memerlukan sebarang kakitangan.

Huawei baru sahaja merasmikan pembukaan sebuah kedai pintar yang pertama di Pusat Pembangunan Baharu Antarabangsa, Wuhan, China. Kedai tersebut yang automatik sepenuhnya menawarkan pelbagai produk elektronik daripada Huawei dan pelanggan boleh membeli melalui pesanan dalam talian atau di kedai tersebut.

Kedai tersebut dilengkapi dengan sebuah tangan robot yang akan mengendalikan produk yang dipesan oleh pengguna. Tanpa keperluan untuk mengupah seorang pekerja, robot dalam kedai tersebut boleh beroperasi selama 24 jam dan boleh melaksanakan pelbagai tugasan yang sering dilakukan dalam kedai-kedai lain seperti penyimpanan dan pencatatan stok serta pengurusan jadual secara automatik.  

Besar kemungkinan, kedai pintar seperti ini akan dibina lebih banyak sekitar China pada masa akan datang. Adakah anda inginkan kedai seperti ini di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version