Site icon TechNave BM

HUAWEI ceburi bidang penternakan khinzir berasaskan AI

Warga Internet yang peka dengan industri telefon pintar pasti sudah mengetahui kemelut sekatan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap HUAWEI. Namun, kemerosotan jualan telefon pintar tidak mematahkan semangat HUAWEI. Syarikat ini kini menceburi bidang perternakan khinzir berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Menurut sumber, HUAWEI dilapor bakal membekalkan teknologi AI untuk penternak khusunya dalam bidang ternakan khinzir. Untuk pengetahuan anda, teknologi AI dalam penternakan ini mampu mengesan penyakit dan menjejak haiwan ternakan. Pengesanan wajah oleh AI mampu mengenal pasti setiap haiwan ternakan, mengawasi beberapa perkara contohnya diet pemakanan haiwan ternakan.

Jurucakap HUAWEI menyatakan bahawa penternakan khinzir adalah contoh industri tradisional yang diperbaharu oleh teknologi Teknologi Maklumat dan boleh memberi nilai untuk industri dalam era 5G.Perkara ini bukan perkara mengejutkan kerana sebenarnya sudah banyak syarikat teknologi yang ingin menyumbang kepada teknologi penternakan khinzir seperti JD.com dan Alibaba.

Semak berita lepas mengenai HUAWEI di pautan ini.

Beritahu kami pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BBC

Exit mobile version