Site icon TechNave BM

HUAWEI daftar tanda dagang untuk kereta pintar MATEDRIVE dan MATEAUTO

Jenama telefon pintar yang maju ke industri automobil bukanlah perkara yang biasa. Langkah luar biasa ini telah mula dilapor melalui Apple yang merancang untuk mengeluarkan Apple Car. Terkini, HUAWEI dilihat mendaftar tanda dagang untuk MATEDRIVE dan MATEAUTO.

Permohonan tanda dagang ini dibuat melalui aplikasi bernombor 53374978 di bawah kategori peranti pemanduan atau transmisi. Sumber turut menyatakan bahawa usaha permohonan tanda dagang ini bukan langkah pertama HUAWEI berkenaan kereta pintar. Terdahulu, HUAWEI turut melangsungkan HUAWEI Autopilot Network Technology SUmmit di Suzhou mengenai teknologi pemanduan sendiri.

Terdapat juga berita tentang HUAWEI yang sudah mula menguji sistem pemanduan sendirinya dan ura-ura kolaborasi bersama dengan syarikat automobil China. Apa pun, permohonan tanda dagang ini menjadi petanda bahawa HUAWEI serius dalam memasuki industri automobil.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version