Site icon TechNave BM

HUAWEI dan OPPO umum kerjasama untuk kongsi paten 5G

Dua syarikat teknologi ternama dari China, HUAWEI dan OPPO, telah mengumumkan sebuah kerjasama global bagi berkongsi pelesenan paten-paten penting termasuk 5G.

Dalam sebuah siaran akhbar ringkas, kedua-dua syarikat memandang positif terhadap kerjasama ini dalam menghasilkan inovasi dan kajian yang bakal meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan untuk para pelanggan.

Wakil HUAWEI mengatakan syarikat itu telah membina portfolio paten yang sangat bernilai dalam segi 5G, Wi-Fi, codec audio/video dan banyak lagi, jadi ini mungkin adalah teknologi HUAWEI yang bakal dikongsi bersama OPPO pada masa hadapan.

Sementara itu, wakil OPPO pula mengatakan ini adalah sebuah perjanjian menang-menang untuk kedua-dua pihak. Mereka akan sentiasa menggalakkan pelesenan hak intelek yang boleh dirunding secara hormat di antara kedua-dua syarikat.

Apakah ramalan anda tentang kerjasama dua syarikat popular ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI

Exit mobile version