Site icon TechNave BM

HUAWEI dikhabarkan akan lancar tiga lagi telefon lipat pada hujung tahun ini!

Beberapa bulan yang lalu, HUAWEI telah melancarkan telefon lipat ketiga mereka iaitu HUAWEI Mate X2. Telefon lipat tersebut hadir dengan reka bentuk baru dan dijual pada tanda harga bermula 17,999 Yuan (~RM11,404). Kini, mengikut sumber dalam talian, HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan tiga lagi telefon lipat mereka pada separa kedua tahun ini (H2 2021).

Kali ini, syarikat gergasi China itu dikatakan akan memperkenalkan telefon lipat untuk segmen yang lebih umum. Telefon lipat baru HUAWEI dikhabarkan akan dijual pada tanda harga yang berpatutan, lebih murah dari HUAWEI Mate X2.

Ini adalah langkah yang baik dari HUAWEI kerana buat masa ini, telefon pintar lipat masih lagi dianggap sebagai telefon untuk golongan tertentu sahaja. Hal ini disebabkan oleh tanda harganya yang sangat tinggi.

HUAWEI Mate X2

Sumber juga menjangkakan bahawa jualan telefon pintar lipat serata dunia pada tahun ini akan meningkatkan ke 7 juta unit (2.8 juta unit pada tahun 2020). Pilihan yang lebih banyak dan harga yang lebih berpatutan adalah antara sebab yang utama.

Baru-baru ini, Xiaomi turut perkenalkan telefon lipat pertama mereka yang diberi nama Xiaomi Mi Mix Fold. Ianya dijual pada tanda harga serendah 9,999 Yuan (~RM6,556).

Adakah anda bakal membeli salah satu dari telefon lipat HUAWEI? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version