Site icon TechNave BM

HUAWEI dilapor bakal lancarkan kereta pada 2021, kolaborasi dengan syarikat automobil China

Walaupun HUAWEI masih mengalami masalah sekatan dari pihak kerajaan AS, syarikat besar ini tidak terhalang untuk terus menyumbang kepada industri teknologi. HUAWEI kini dilapor bakal masuk ke dalam industri automobil, akan mengeluarkan kereta pintar baharu hasil kolaborasi dari syarikat automobil China.

Menurut laporan, syarikat kereta pintar HUAWEI HiCar berkolaborasi dengan syarikat automobil BAIC Blue Valley untuk melancarkan sebuah kereta pintar. Perkara ini telah disahkan melalui pengumuman pada hari ini. Tambah sumber, kereta pintar baharu hasil dari kolaborasi dua syarikat ini bakal dilancar pada suku pertama tahun 2021.

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi kereta pintar dari HUAWEI ini. Namun, ia dijangka menampilkan HarmonyOS.

Skrin yang didakwa bakal tampil sebagai aksesori pada kereta HUAWEI HiCar

Terdahulu, Apple juga dilapor sudah menguji prototaip Apple Car.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version