Site icon TechNave BM

HUAWEI Enjoy 20 Pro diumumkan, Dimensity 800 + 90Hz berharga ~RM1207

HUAWEI kini baru sahaja mengumumkan HUAWEI Enjoy 20 Pro di pasaran China. Peranti kelas pertengahan ini memiliki beberapa spesifikasi menonjol dengan sokongan 5G. Sekaligus, cipset 5G ini menggolongkan HUAWEI Enjoy 20 Pro sebagai salah sebuah peranti 5G berpatutan.

Antara spesifikasi menonjol dalam HUAWEI Enjoy 20 Pro adalah tiga kamera utama 48MP bersama skrin berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Bersama janaan cipset Dimensity 800, ia bakal menambah lagi kelancaran prestasi peranti ini. Anda boleh merujuk spesifikasi asas di bawah atau pautan ini untuk spesifikasi lanjut.

Setakat ini, HUAWEI Enjoy 20 Pro hanya dijual di pasaran China dengan beberapa varian. Varian 6GB+128GB berharga 1999 Yuan (~RM1207), manakala varian 8GB+128GB berharga 2299 Yuan (~RM1389).

Apa pun, kami tidak pasti sama ada peranti ini bakal hadir di pasaran Malaysia atau tidak. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version