Baru sahaja kita mendapat khabar berita bahawa HUAWEI komited untuk bekerjasama dengan MediaTek dan merancang untuk menggunakan cipset MediaTek 5G. Terkini, HUAWEI Enjoy Z 5G dilihat muncul dengan markah AnTuTu. Lebih menarik, peranti ini dihuni cipset MediaTek kelas pertengahan 5G, Dimensity 800.
Untuk pengetahuan anda, HUAWEI Enjoy Z 5G akan dilancarkan di China pada 24 Mei 2020 (pada Hari Raya). Dilaporkan, ia bakal dihuni skrin LCD 6.5-inci, RAM 6GB dan storan 128Gb. Spesifikasi lain yang dilaporkan adalah agak standard untuk peranti kelas pertengahan.
Skor CPU 101812, skor GPU 90692 dan skor UX 54121 yang menjumlahkan skor keseluruhan sebanyak 316328 sebenarnya adalah setaraf dengan cipset kelas pertengahan Qualcomm, Snapdragon 765 dan HiSilicon Kirin 810. Kelihatannya MediaTek Dimensity 800 juga bakal menjadi cipset kelas pertengahan yang baik untuk prestasi telefon pintar termasuklah aspek gaming.
Nantikan berita pelancarannya pada 24 Mei 2020 dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.
Sumber: GSMArena

