Site icon TechNave BM

HUAWEI FreeBuds 5i akan dilancar pada 25 Januari 2023

HUAWEI Malaysia memperkenalkan fon telinga True Wireless Stereo (TWS) yang akan dilancarkan pada 25 Januari 2023 dengan pembatalan hingar aktif (ANC) iaitu HUAWEI FreeBuds 5i

HUAWEI FreeBuds 5i akan memberika kualiti audio yang luar biasa, reka bentuk bergaya dan serba boleh. Bukan itu sahaja, ia juga telah mendapat pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res) yang mempamerkan tindak balas frekuensi dan bunyi resolusi tinggi tanpa kehilangan sumber audio HD. 

FreeBuds 5i juga menyertakan mod ANC dwi mikrofon, penyamaan (equalizer/ EQ), hayat bateri sehingga 28 jam (dengan kes pengecasan), pengecasan pantas dengan 4 jam main balik pada pengecasan selama 15 minit, serta Sambungan Peranti Dwi untuk penukaran yang lancar peranti dan sistem pengendalian yang berbeza.

Untuk meraikan pelancaran yang akan datang, HUAWEI mengadakan peraduan dalam talian “Teka & Menang” dari sekarang hingga 24 Januari. Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi tiga unit FreeBuds 5i melalui laman web rasmi HUAWEI, Lazada dan Shopee. 

Peserta boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

Ketahui lebih lanjut di halaman HUAWEIFacebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version