Selain melancarkan siri telefon nova 14 pada hari ini, HUAWEI Malaysia turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles baharu iaitu HUAWEI FreeBuds 7i. Fon telinga ini menampilkan pelbagai spesifikasi audio canggih dan mempunyai rekaan yang minimalis.
Ia mempunyai sistem pembatalan hingar aktif (ANC) Intelligent Dynamic ANC 4.0 yang boleh membatalkan bunyi sekeliling sehingga 55dB untuk pengalaman muzik yang tidak diganggu dan kualiti audio yang jelas.
Ia dilengkapi pemacu dinamik quad-magnet 11mm dan pelarasan EQ 10 band untuk menghasilkan audio yang jelas. Sewaktu anda membuat panggilan telefon, ia mempunyai fungsi pengurangan hingar yang dikuasakan AI serta mikrofon bone conduction untuk memastikan kualiti suara yang jelas.
Untuk pemakaian yang selesa, ia mempunyai rekaan ergonomik dan didatangkan dengan empat saiz putik untuk disesuaikan dengan saiz telinga anda.
Baterinya bertahan sehingga 35 jam, manakala pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama empat jam. Ia boleh dihubungkan kepada dua peranti serentak untuk memudahkan penggunaan merentas peranti.
HUAWEI FreeBuds 7i akan dijual pada harga RM329 dan akan ditawarkan dalam warna merah jambu, putih dan hitam. Ia boleh didapati di kedai-kedai HUAWEI Experience Store, laman web HUAWEI Malaysia, Shoppe, Lazada dan TikTok Shop.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

