Site icon TechNave BM

HUAWEI FreeBuds Pro TWS bakal dilancarkan di China pada 10 September ini

HUAWEI sebelum ini dijangka akan melancarkan beberapa produk terbaru mereka di China pada 10 September ini termasuklah jam tangan pintar siri HUAWEI GT dan juga HUAWEI Fit. Kini, HUAWEI memberitahu satu lagi produk akan dilancarkan bersama iaitu HUAWEI FreeBuds Pro.

Sumber terbaru menyatakan bahawa model fon telinga ini diberi nama kod “Mermaid” dan hadir dengan ciri baru yang berkaitan dengan keupayaan pembatalan bunyi. HUAWEI tidak lagi menggunakan nombor untuk nama siri FreeBuds tetapi menggantikannya dengan nama ‘Pro’ sahaja untuk peranti yang baru ini.

Adakah anda pengguna fon telinga siri HUAWEI FreeBuds ini? Beritahu kami di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version