Site icon TechNave BM

HUAWEI ingin hasilkan kereta elektrik seawal hujung tahun ini

Sedia maklum, HUAWEI telah mengalami pelbagai masalah akibat halangan dari kerajaan Amerika Syarikat. Tidak lama yang lalu, mereka dikhabarkan akan mengalami penurunan penjualan telefon pintar sebanyak 60% untuk tahun 2021. HUAWEI dilihat cuba untuk menghasilkan aksesori seperti fon telinga dan peranti boleh pakai untuk menaikkan angka jualannya, namun ianya tidak begitu memberangsangkan.

Terbaru, HUAWEI dikhabarkan sedang berusaha untuk menghasilkan kereta elektrik dengan jenama mereka sendiri. Sumber menyatakan HUAWEI sudah mula mereka bentuk kereta dan mula mencari pembekal.

Eksekutif HUAWEI, Richard Yu yang telah menjadi tonggak utama sewaktu zaman kegemilangan telefon pintar HUAWEI sebelum ini dikatakan akan mengubah fokus ke arah kereta elektrik. Kereta elektrik HUAWEI dikhabarkan akan dijual dengan harga yang berpatutan dan disasarkan ke segmen pasaran dunia.

Yang menarik, HUAWEI dikatakan akan mula menghasilkan kereta elektrik mereka seawal hujung tahun ini.

Sebelum ini, HUAWEI dilihat telah memasuki pasaran automotif dengan melancarkan sistem operasi yang khas untuk kereta Mercedez Benz di China.

Langkah pertama HUAWEI dalam dunia automotif

Adakah anda menantikan kereta elektrik dari HUAWEI ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version