Site icon TechNave BM

Huawei jalin kerjasama dengan TomTom untuk ganti Google Maps

Huawei kini akan bekerjasama dengan syarikat navigasi dan pemetaan digital dari Belanda, TomTom, untuk perkhidmatan peta dalam peranti-perantinya.

Langkah ini adalah untuk menangani masalah syarikat China itu dengan Google, apabila kerajaan Amerika Syarikat bertindak menyenaraihitamkan Huawei pada tahun lepas dan melarang syarikat itu daripada menggunakan perkhidmatan Google atas sebab-sebab keselamatan.

Kerjasama dengan TomTom ini membolehkan Huawei untuk menggantikan perkhidmatan Google Maps dalam perantinya kepada perisian peta yang dibina oleh TomTom.

Adakah berita ini akan membuatkan anda untuk membeli peranti Huawei? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version