HUAWEI bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Maxis Communications (Maxis) dan Celcom dalam membawa tawaran eksklusif untuk telefon andalan siri HUAWEI Mate50.
Bermula 5 Mei hingga 31 Julai 2023, pelanggan pascabayar Maxis boleh membeli siri HUAWEI Mate50 dari serendah RM55/bulan melalui pelan Zerolution dengan ansuran sehingga 36 bulan, bayaran pendahuluan sifar dan kadar faedah 0% dengan hadiah percuma di laman web rasmi Maxis.
Pelan Celcom MEGA pula kini menawarkan Mate50 Pro Edisi Kunlun daripada hanya RM110/bulan dan menerima hadiah percuma mulai 5 Mei sehingga 31 Julai 2023. Anda boleh dapatkannya melalui Kedai Dalam Talian Celcom dan kedai Celcom sementara stok masih ada.
Siri HUAWEI Mate50 boleh didapati dalam tiga varian termasuk Mate50 Pro Kunlun Glass Edition yang menawarkan pilihan warna Orange Vegan Leather, Silver dan Carbon Black berharga RM5,299. Mate50 Pro pula menawarkan pilihan warna Hitam dan Perak pada harga RM4,499 dan Mate50 dalam pilihan warna Hitam dan Perak berharga RM3,699.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

