Site icon TechNave BM

HUAWEI lancar cip AI Ascend 920, cabar dominasi Nvidia dalam pasaran China

Baru-baru ini, HUAWEI mengumumkan pelancaran cip AI terbaharunya dengan Ascend 920 yang direka untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nvidia di pasaran China akibat sekatan eksport dari Amerika Syarikat. Cip ini dijangka memasuki pengeluaran besar-besaran pada akhir tahun ini dan dibina menggunakan proses 6nm oleh SMIC.

Cip ini bertujuan untuk menggantikan Nvidia H20 yang sebelum ini digunakan oleh syarikat teknologi besar China seperti Tencent dan ByteDance. Dengan pelancaran Ascend 920, HUAWEI berpotensi untuk menjadi alternatif utama kepada Nvidia dalam bidang latihan model AI berskala besar di China.

Spesifikasi utama Ascend 920:

Sebelum ini, HUAWEI telah melancarkan Ascend 910C yang menawarkan sekitar 60% prestasi Nvidia H100. Ascend 920 dijangka meningkatkan kecekapan latihan model AI sebanyak 30% hingga 40% berbanding pendahulunya. Sekatan eksport terbaru dari AS telah menghalang Nvidia daripada menjual cip H20 ke China yang merupakan pasaran penting bagi syarikat tersebut.

Dengan pengenalan Ascend 920 oleh HUAWEI, Nvidia berisiko kehilangan bahagian pasaran yang signifikan di China yang boleh menyebabkan kerugian bernilai berbilion dolar.​ Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version