Site icon TechNave BM

Huawei lancar Edisi Baru P30 Lite

Sejak jenama Huawei tidak dibenarkan untuk mengesahkan mana-mana peranti baru berhubung larangan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (US), syarikat itu sedang mencari jalan untuk tetap segar di dalam fikiran pengguna.

Kemungkinan mereka perlu melancarkan semula telefon pintar yang ada dan membuat beberapa perubahan tambahan kepada peranti itu. Antara peranti yang akan dikemas kini ialah Edisi Baru P30 Lite yang baru diumumkan.

Pada dasarnya ia adalah telefon pintar P30 Lite yang sama dilancarkan setahun yang lalu tetapi dengan meningkatkan memori dan simpanan. Edisi Baru P30 Lite kini boleh mencapai sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 256GB berbanding dengan konfigurasi maksimum 4GB / 128GB pada model yang lama. Walau bagaimanapun dari segi reka bentuk, konfigurasi kamera, cipset dan bateri masih sama.

Dengan cara ini, mungkin Huawei boleh mengeluarkan semula semua telefon 2019 mereka tanpa perlu mendapatkan lesen baru untuk perkhidmatan Google. Anda peminat tegar telefon pintar Huawei? Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini.

Sumber: GSMarena

Exit mobile version