Site icon TechNave BM

Huawei lancarkan MateBook X Pro, komputer riba ultra-nipis berprestasi tinggi

Huawei hari ini melancarkan siri komputer riba baru, MateBook X Pro, yang menampilkan rekaan ultra-nipis dan ditujukan kepada pengguna yang menginginkan prestasi tinggi seperti ahli perniagaan dan pencipta kandungan dalam talian.

Dengan ketebalan 14.6mm dan berat 1.33kg, ia sesuai untuk mereka yang mengutamakan ciri faktor mudah alih untuk komputer riba mereka. MateBook X Pro dikuasai oleh Intel Core i7-10510U Generasi Ke-10 dan i5-10210U untuk menangani perisian yang memerlukan kuasa tinggi.

Skrin LTPS-nya yang berukuran 13.9 inci juga mempunyai resolusi 3K (3000×2000) dan paparan Ultra FullView, yang bermaksud nisbah skrin-ke-badan adalah 91 peratus.

Ia juga dilengkapi Shark Fin Fans 2.0 untuk pengudaraan yang lebih lancar, empat pembesar suara dan bateri besar 56Wh yang boleh dicaj dengan pengecas Type-C 65W.

Ia akan dijual bermula April 2020 untuk pasaran Eropah dengan harga €1,499 (~RM6,795), €1,699 (~RM7,702) dan €1,999 (~RM9,062). Setakat ini, masih tiada berita tentang harga produk ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan MateBook X Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version