Site icon TechNave BM

Huawei lancarkan MateBoook D15 dan D14, komputer riba kelas permulaan dengan harga mampu milik bermula ~RM3,000

Huawei hari ini melancarkan MateBook D15 dan MateBook D14, entri baru dalam siri komputer riba MateBook D mereka. D15 dilengkapi skrin 15.6 inci manakala D14 pula dengan skrin 14 inci, di mana nisbah skrin-ke-badan kedua-dua komputer adalah sebanyak 87 peratus.

Rekaannya yang nipis dan ringan tentunya akan memudahkan pengguna untuk membawanya sekitar tempat. Ia akan dikuasai oleh AMD Ryzen 7 dengan grafik Radeon RX Vega 10. Komputer itu juga dilengkapi Shark Fin Fan 2.0 untuk meningkatkan pengudaraan sehingga 27 peratus.

Selain itu, butang kuasa (power button) bertindak sebagai pengimbas cap jari untuk meningkatkan keselamatan komputer tersebut. Kamera webcam pula tersorok di bawah papan kekunci untuk privasi yang lebih terjaga.

Varian MateBook D15 akan dijual dalam pasaran Eropah dengan harga mampu milik €649 (~RM2,942), €799 (~RM3,622) dan €949 (~RM4,302) manakala D14 pula pada harga €699 (RM3,168), €799 dan €949. Setakat ini, masih tiada maklumat tentang harganya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan MateBook D baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version