Site icon TechNave BM

HUAWEI lancarkan set “gaming” VR Glass 6DOF, miliki dwi “controller” berharga ~RM2,622

Realiti maya (VR) telah wujud sejak beberapa tahun lalu dan kini HUAWEI telah menjadi salah satu syarikat yang mengeluarkan set kepala VR yang direka untuk gaming iaitu HUAWEI VR Glass 6DoF.

Menurut HUAWEI Central, HUAWEI VR Glass 6DoF telah diumumkan semasa Scenario Smart Life Conference semalam. Ia merupakan set VR penuh yang terdiri daripada set kepala, modul penglihatan 6DOF, sepasang pengawal (controller) dan klip boleh tanggal. Klip itu membolehkan anda memaut telefon pintar di set kepala seperti tali pinggang. Ini bermakna set kepala VR serasi dengan peranti mudah alih. 

VR Glass 6DoF ini merupakan alat ultra mudah alih kerana komponennya direka bentuk untuk disimpan dengan mudah dan seberat 188g sahaja. Jika dilihat semula, reka bentuk pengawal hampir serupa dengan pengawal HTC Vive.

Set penuh HUAWEI VR Glass 6DoF kini boleh didapati untuk pra-pesanan di China pada harga 3,999 Yuan (~RM2,622). Komen di Facebook kami mengenai set HUAWEI VR Glass 6DoF ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI central & HUAWEI

Exit mobile version