Site icon TechNave BM

HUAWEI lancarkan sistem operasi kenderaan khas untuk kereta Mercedez Benz S-Class

CEO HUAWEI bahagian pengguna, Yu Chengdong, telah melancarkan sebuah sistem operasi bernama HUAWEI Mobile Services (HMS) For Car untuk kereta mewah terbaru oleh Daimler AG iaitu Mercedes Benz S-Class. Pemandu yang memasang sistem operasi itu boleh membuka pelbagai jenis aplikasi pada skrin OLED dalam kereta itu, termasuklah aplikasi berita, muzik, podcast, video, multimedia dan bermain game.

HMS For Car adalah sebuah perkhidmatan digital dalam kenderaan yang menyediakan platform aplikasi (app store) dan boleh disepadukan dengan sistem media kereta serta pembantu suara HUAWEI. Sumber juga melaporkan bahawa aplikasi yang terdapat dalam HMS For Car tidak memerlukan pemasangan (installation).

Buat masa ini, sistem operasi tersebut hanya boleh didapati dalam Mercedes Benz S-Class di China dan masih tidak diketahui jika ia akan diperkenalkan di pasaran Eropah. Walau bagaimanapun, HUAWEI mengatakan mereka akan bekerjasama dengan syarikat automotif lain untuk memperkenalkan HMS For Car dalam kenderaan mereka.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: World Stock Market

Exit mobile version