Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia adakan promosi khas untuk baiki peranti lama anda

Jika anda memiliki sebuah peranti HUAWEI yang sudah lama dan mempunyai beberapa komponen yang rosak, usah ganti peranti tersebut kerana HUAWEI Malaysia sedang mengadakan promosi khas untuk pengguna menggantikan komponen tersebut dengan harga yang murah. Komponen yang boleh diganti adalah skrin LCD, penutup belakang (back cover) dan papan utama (mainboard).

Promosi ini akan berlangsung pada 12 Ogos hingga 1 Oktober. Pelanggan hanya perlu melawat mana-mana Pusat Perkhidmatan Sah HUAWEI untuk pembaikian yang murah bagi komponen-komponen terpilih. Berikut adalah senarai harga komponen sepanjang promosi ini:

Siri peranti HUAWEI yang layak menerima promosi ini ialah P Series, Mate Series, nova Series, Y Series, HONOR dan tablet MediaPad. Komponen yang diganti akan menerima jaminan selama 90 hari daripada tarikh pengambilan. Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Sah HUAWEI terlebih dahulu untuk menyemak keberadaan stok.

layari laman web HUAWEI untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda mempunyai peranti HUAWEI yang perlu diberikan nafas baru melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version