Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia akan lancarkan televisyen Vision S Series pada 27 April

HUAWEI Malaysia akan melancarkan siri televisyen HUAWEI Vision S Series pada 27 April jam 7:30 malam. Televisyen ini terdapat dalam dua saiz skrin iaitu 65 inci dan 55 inci dan didasarkan dengan konsep Big Screen, Big Call dan Big Moments oleh HUAWEI untuk produk AI mereka.

Televisyen ini mempunyai skrin 120Hz yang dilengkapi teknologi Advanced Motion Estimation and Motion Compensation (MEMC) untuk memastikan segala jenis video boleh dimainkan dengan kadar bingkai yang lancar. Daripada segi pembesar suara, ia mempunyai dua pembesar suara frekuensi penuh (full frequency speaker) dan dua pembesar suara frekuensi tinggi (high frequency speaker) termasuklah kaviti bunyi sebesar 1 liter untuk menghasilkan bunyi berkualiti tinggi.

HUAWEI Vision S boleh digabungkan dengan telefon pintar untuk membuat panggilan video atau menggunakan aplikasi telefon dalam skrin televisyen melalui OneHop projection. Telefon pintar HUAWEI juga boleh digunakan seperti alat kawalan jauh untuk mengawal kandungan yang dipaparkan dalam televisyen.

Pelancaran HUAWEI Vision S akan disiarkan secara langsung di laman Facebook dan YouTube HUAWEI Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version