Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan HUAWEI Carnival 2021, diskaun sehingga RM200 untuk pelbagai produk

HUAWEI Malaysia bakal menganjurkan promosi HUAWEI Carnival 2021 yang akan berlangsung pada 18 hingga 30 Jun 2021 di mana para pelanggan boleh menikmati diskaun untuk pelbagai jenis produk seperti komputer riba HUAWEI MateBook, tablet HUAWEI MatePad, fon telinga HUAWEI FreeBuds, jam tangan HUAWEI Watch dan banyak lagi.

Selain itu, beberapa produk terpilih akan ditawarkan dengan diskaun hebat pada 18 Jun sahaja di HUAWEI Store Online. Berikut adalah produk yang akan ditawarkan dengan harga diskaun pada hari tersebut:

ProdukHarga asal (RM)Harga diskaun (RM)
HUAWEI MatePad 10.41,4991,399
HUAWEI Watch GT 2 Pro1,1991,099
HUAWEI Watch FIT499431
HUAWEI FreeBuds Studio1,199999
HUAWEI FreeBuds 4i379319

Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menerima pelbagai hadiah bernilai RM189 termasuklah pembesar suara Bluetooth, payung, beg kanvas dan banyak lagi.

Buat pelanggan Grab pula, mereka akan menerima baucar Grab bernilai RM20 dengan setiap pembelian produk HUAWEI sepanjang kempen ini berlangsung. Layari laman web HUAWEI Carnival 2021 untuk maklumat lanjut tentang promosi ini.

Pastinya ini adalah promosi yang menarik jika anda sudah lama ingin memiliki peranti HUAWEI. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version