Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan promosi 4 April, diskaun sehingga RM1,700 untuk pelbagai produk

HUAWEI Malaysia akan menganjurkan jualan khas sempena kempen Shopee 4.4 Mega Shopping Day pada 4 April di mana pelbagai jenis produk akan ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM1,700 dan pelanggan juga akan diberikan baucar RM200 untuk digunakan dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia di Shopee.

Antara produk menarik yang ditawarkan pada harga istimewa adalah telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro 5G berharga RM2,499 (harga asal RM4,199), tablet HUAWEI MatePad T10 berharga RM499 (harga asal RM799), fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds 3 berharga RM429 (harga asal RM679) dan komputer riba HUAWEI MateBook D14 i5 berharga RM2,999 (harga asal RM3,399).

Selain itu, bermula 29 Mac hingga 4 April, pelanggan boleh mendapatkan baucar RM200 di Shopee dan ia boleh digunakan untuk produk terpilih sahaja.

Berikut adalah senarai produk HUAWEI yang akan ditawarkan pada harga promosi:

Telefon pintar

Tablet dan komputer riba

Peranti boleh pakai

Jualan ini akan berlangsung pada 4 April bermula 12:00 tengah malam. Layari laman web HUAWEI Malaysia atau laman Shopee HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version