Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan promosi 6.6, pelbagai produk dijual dengan potongan harga sehingga RM1,700!

HUAWEI Malaysia bakal menganjurkan kempen jualan HUAWEI 6.6 Mid-Year Sale pada 4-6 Jun di mana pelanggan boleh menikmati diskaun untuk pelbagai jenis produk HUAWEI. Selain itu, HUAWEI juga akan menyertakan hadiah menarik dengan setiap pembelian seperti City Travel Gift Pack, Entertainment Gift Pack, beg, fon kepala dan lain-lain jenis hadiah.

Berikut adalah antara produk menarik yang akan dijual pada harga istimewa:

HUAWEI Malaysia juga akan memperkenalkan produk baru dalam kempen ini iaitu penimbang HUAWEI Scale 3 yang dijual pada harga promosi RM99 (harga asal RM149).

Selain produk-produk yang disenaraikan di atas, HUAWEI Malaysia juga mengadakan promosi untuk pelbagai jenis produk termasuklah gelang tangan pintar HUAWEI Band 4e, pembesar suara HUAWEI Sound X, HUAWEI WiFi Router, fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds, televisyen HUAWEI Vision dan banyak lagi.

Anda juga boleh membeli produk secara pakej melalui HUAWEI Bundle Deals di mana beberapa gabungan produk terpilih akan dijual pada harga yang lebih murah berbanding jika ia dibeli secara berasingan. Promosi ini akan diadakan dalam HUAWEI Online Store, Shopee HUAWEI Official Store pada 6 Jun sahaja dan Lazada HUAWEI Flagship Store pada 4-6 Jun.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk HUAWEI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version