Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan promosi Merdeka Carnival, tawarkan diskaun sehingga RM1,000 untuk pelbagai produk

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 yang semakin hampir, HUAWEI Malaysia kini sedang menganjurkan kempen promosi Merdeka Carnival yang akan berlangsung di semua HUAWEI Experience Stores (HES) sehingga 30 September 2023. Kempen ini menawarkan diskaun sehingga RM1,000 untuk produk-produk terpilih seperti telefon pintar, komputer, tablet dan banyak lagi.

Pelanggan juga boleh menerima rebat segera bernilai RM500 jika mereka ingin menukar telefon pintar lama daripada sebarang jenama kepada telefon HUAWEI baharu. Berikut adalah senarai produk-produk HUAWEI yang terlibat dalam promosi ini:

ProdukHarga diskaunHarga asal
HUAWEI Mate50 Pro Kunlun Glass EditionRM3,399RM4,899
HUAWEI P60 Pro RM3,699RM4,699
HUAWEI MateBook D 16RM3,599RM3,999
HUAWEI Watch GT 3 46mm warna perangRM999RM1,099
HUAWEI Watch GT 3 46mm warna hitamRM899RM999

Selain harga promosi, HUAWEI juga menawarkan pelbagai hadiah percuma untuk beberapa produk yang terlibat. Pelanggan boleh mencuba pelbagai produk ternama HUAWEI di HES, termasuklah telefon pintar HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI Mate50 Series, tablet HUAWEI MatePad Air, komputer HUAWEI MateBook D14, jam tangan HUAWEI Watch 4 Series serta banyak lagi.

Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version