Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan promosi pada 1 & 2 Ogos 2022, diskaun sehingga RM1,200 untuk pelbagai peranti

HUAWEI Malaysia akan menganjurkan promosi khas HUAWEI 8.2 Brand Day pada awal bulan Ogos ini, di mana pelbagai jenis peranti untuk kegunaan pejabat dan produktiviti bakal dijual pada harga diskaun. Promosi ini akan ditawarkan dalam Shopee sahaja pada 1 dan 2 Ogos 2022.

Antara produk yang akan dijual pada harga diskaun termasuklah komputer riba seperti MateBook D 14, tablet seperti MatePad 10.4, fon telinga wayarles seperti FreeBuds 4i, jam tangan pintar seperti Watch GT 3 dan banyak lagi.

Banyak produk akan menerima diskaun yang sangat tinggi, seperti MateBook 14 (sehingga RM1,200), MateBook D 14 (sehingga RM1,050), MateView (sehingga RM689) dan MatePad 10.4 (sehingga RM520).

Berikut adalah senarai produk HUAWEI yang terlibat dalam promosi ini:

Layari laman rasmi HUAWEI Malaysia di Shopee untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version