Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan promosi Ramadan Superb Deals, diskaun sehingga RM600

Sempena musim perayaan yang kian hampir, HUAWEI Malaysia menganjurkan promosi Ramadan Superb Deals bagi menawarkan pelbagai produk HUAWEI dengan harga diskaun kepada para pelanggan. Promosi ini akan berlangsung pada 11 April hingga 10 Mei 2022 dan anda berpeluang untuk menerima potongan diskaun sehingga RM600.

Antara produk yang dijual dalam promosi ini termasuklah telefon pintar HUAWEI P50 Pro, HUAWEI P50 Pocket dan siri HUAWEI nova, tablet HUAWEI MatePad 10.4, komputer riba HUAWEI MateBook D15, jam tangan HUAWEI WATCH GT3 serta banyak lagi.

Berikut adalah senarai produk yang dijual dalam promosi ini:

Apabila anda membeli produk HUAWEI dalam promosi ini, anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000. Antara hadiah yang ditawarkan adalah Ramadan Super Voucher Rain bernilai RM9,770 di MyHUAWEIApp, perkhidmatan HUAWEI Mobile Service bernilai RM120, penggantian bateri bernilai RM99 dan banyak lagi.

Layari laman web HUAWEI Malaysia atau lawati kedai HUAWEI Experience Store untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version