Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia anjurkan promosi “trade-in”, jimat sehingga RM2,488 untuk dapatkan telefon baru

Sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan promosi pertukaran trade-in di kedai-kedai HUAWEI Experiential Stores terpilih. Sepanjang promosi ini, anda boleh bawa peranti HUAWEI lama anda untuk ditukarkan dengan peranti HUAWEI baharu dengan harga yang jauh lebih murah.

Peranti HUAWEI lama yang boleh dibawa ke kedai-kedainya sempena promosi ini adalah HUAWEI Mate40 Pro, siri HUAWEI Mate30, HUAWEI Mate20 X dan HUAWEI Mate20 Pro.

Semua telefon ini membawa nilai yang agak tinggi iaitu sehingga RM2,488 untuk HUAWEI Mate40 Pro, RM1,644 untuk Mate30 Pro dan RM706 untuk Mate20 Pro. Sewaktu anda ingin menukar telefon baharu, harganya akan ditolak dengan jumlah sama daripada nilai telefon lama yang dibawa.

Untuk mengambil kesempatan promosi ini, anda boleh hadirkan diri ke HUAWEI Experiential Store di Pavilion Bukit Jalil, IOI City Mall, The Gardens, Suria KLCC, AEON Maluri, MyTown, Mid Valley, Sunway Velocity, Sunway Pyramid, The Mines, Paradigm Mall, Setia City atau AEON Bukit Tinggi.

Selain itu, HUAWEI Malaysia juga akan menjual pelbagai produk dengan harga istimewan sempena perayaan Tahun Baru Cina. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version