Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia bakal mengadakan jualan promosi Audio & Wearable Day pada 3 Disember ini

Beberapa tawaran promo Black Friday dan Cyber Monday telah berlalu tetapi sesetengah jenama masih belum mengadakan promosi bagi produk mereka. Seperti HUAWEI Malaysia, syarikat itu merancang untuk mengadakan jualan HUAWEI Audio & Wearable Day untuk sehari sahaja iaitu pada 3 Disember 2021.

Dengan diskaun sehingga 47%, pengguna boleh menikmati FreeLace percuma bernilai sehingga RM379 apabila mereka membeli HUAWEI Watch GT 3 (tali hitam dan bersaiz 46mm). Jika anda memilih Watch GT 3 (42mm) bertali hitam atau kulit, anda akan mendapat potongan RM200 melalui baucar dalam talian. HUAWEI FreeBuds Lipstick juga termasuk dalam senarai jualan namun peranti ini dijual dengan harga standard.

Bergantung pada aksesori yang anda perolehi, anda boleh mendapat potongan sehingga RM400. Terdapat beberapa tawaran pakej dengan potongan sehingga 45%. Anda boleh rujuk dalam jadual di bawah:

Produk HUAWEIHarga Asal (RM)Harga Promosi (RM)Jumlah Potongan (RM)
Watch GT 2e 46mm (Graphite Black and Mint Green)599329270
Band 4e Active1196950
Watch Fit499299200
Band 621914970
FreeBuds 4i379199180
FreeBuds Studio1199799400
Watch 3 Pro (leather, 46mm)21991999200
Watch 3 (fluoroelastomer, 46mm)16991499200
FreeBuds 459954950
Produk bundle eksklusifHarga Asal (RM)Harga Promosi (RM)Jumlah Potongan (RM)
Watch GT 2 46mm (Fluoroelastomer Matte Black) + FreeBuds 41398999399
Watch GT 2 Pro + FreeBuds Pro18981212686
Watch GT 2e 46mm (Mint Green) + FreeBuds 4i978539439
Watch GT 3 42mm (Black) + FreeBuds Lipstick19981698300
Watch GT 3 42mm (White Leather) + FreeBuds Lipstick20981798300

Tawaran ini tersedia di seluruh kedai HUAWEI dalam talian, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan kedai HUAWEI di Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk HUAWEI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version