Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia lancarkan komputer riba MateBook D14 2020 dengan cipset Intel bermula RM3,399

HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba HUAWEI MateBook D 14 2020 yang dilengkapi cipset Intel generasi ke-10 dan berharga RM3,399. Komputer ini mempunyai reka bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana, dengan skrin berukuran 14 inci, berat 1.38kg dan ketebalan 15.9mm sahaja.

Komputer ini turut dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce MX250 dan bateri yang boleh bertahan sehingga 13 jam. Untuk pengecasan pula, HUAWEI mengatakan pengecasan selama setengah jam boleh meningkatkan cas sehingga 50% dan memandangkan pengecasnya mempunyai penghubung USB-C, ia boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar.

Buat pengguna telefon pintar HUAWEI, komputer ini boleh digabungkan dengan telefon anda melalui Multi-Screen Collaboration untuk memudahkan pelbagai tugas seperti memindahkan fail dan mengakses aplikasi telefon daripada komputer ini.

HUAWEI MateBook D14 2020 edisi Intel ini akan dijual bermula 26 Februari 2021 pada harga RM3,399 di HUAWEI Store dan Shopee. Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai RM249 dengan setiap pembelian komputer ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MateBook D14 Intel dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version