Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia lancarkan MateBook 2021 Series: Komputer riba Intel 11th Gen bermula RM3,299

HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan siri komputer riba HUAWEI MateBook 2021 Series, terdiri daripada HUAWEI MateBook D 14, HUAWEI MateBook D 15 10th Edition, HUAWEI MateBook D 15 11th Edition, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook X Pro yang akan mula dijual pada hari Sabtu, 24 April ini.

Hampir semua komputer riba dalam siri MateBook 2021 dilengkapi cipset 11th Gen Intel Core yang dibuat dengan proses 10nm SuperFin untuk prestasi yang lebih pantas berbanding komputer tahun lepas. Untuk varian memori, ia boleh dilengkapi sehingga 16GB RAM DDR4 3200MHz dwi-saluran dan storan SSD NVMe PCIe.

Siri komputer riba ini terdiri daripada pelbagai saiz, daripada skrin 13 inci hinggalah 15 inci untuk pilihan yang tepat untuk pelbagai pengguna. Komputer HUAWEI baru ini menyokong hubungan Wi-Fi 6 dengan dwi-antena 2×2 MIMO untuk hubungan internet yang kukuh dan pantas.

Berikut adalah senarai harga untuk siri komputer riba ini:

Pelanggan HUAWEI Malaysia boleh membuat pra-tempahan untuk mana-mana komputer di atas pada 20-23 April untuk mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM800. Pra-tempahan boleh dibuat di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Stores, SenHeng, Harvey Norman dan Courts. Layari laman web HUAWEI Malaysia atau Facebook HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli HUAWEI MateBook baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version