Site icon TechNave BM

Huawei Malaysia memperkenalkan Huawei YouMin, perkhidmatan pelanggan menerusi video

Huawei Malaysia memperkenalkan perkhidmatan pelanggan Huawei YouMin yang telah dinaik taraf bersempena Tahun Tikus Emas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan lebih menyeronokkan.

Dua orang yang berpengaruh dalam teknologi tempatan, @fluffywingss (#Kate 可 恩) dan @naziroharazak (ZiraRazak), mengetuai pasukan perkhidmatan pelanggan Huawei YouMin yang baru saja ditubuhkan. Mereka akan bertanggungjawab menyediakan pelanggan dengan informasi-informasi mengenai peranti keluaran Huawei dalam bentuk video yang menarik serta menghiburkan.

Huawei menjangkakan perkhidmatan ini dapat membantu pelanggan memahami peranti mereka dengan lebih baik untuk memanfaatkan sepenuhnya tentang ciri-ciri telefon mereka dengan pendekatan yang lebih kreatif.

Untuk menonton video yang dihasilkan oleh pasukan perkhidmatan pelanggan Huawei YouMin, anda boleh lawati halaman di YouTube mereka: https://bit.ly/31nk4lf untuk video dalam bahasa Cina manakala untuk video Bahasa Malaysia https://bit.ly/2uilTnh. Anda juga boleh ikuti mereka di Facebook: https://bit.ly/2u7Ay4Y.

Beritahu pendapat anda di halaman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version