Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM1,700 sempena promosi 12.12

HUAWEI Malaysia akan menganjurkan promosi HUAWEI 12.12 Year-End Sale pada 11 hingga 14 Disember 2024 di mana anda boleh dapatkan pelbagai baucar eksklusif dan beli produk HUAWEI pada harga yang rendah, dengan diskaun sehingga RM1,700.

Antara produk yang terlibat dalam promosi ini adalah HUAWEI WATCH GT 4 yang akan dijual pada harga RM699 sahaja. Ia dilengkapi skrin AMOLED, badan yang dibuat daripada besi tahan karat premium dan teknologi kesihatan TruSeen 5.5+.

Teknologi tersebut boleh mengukur pelbagai metrik dengan tepat, seperti degupan jantung, penjejakan oksigen dalam darah (SpO2), pengurusan stres dan lebih 100 mod sukan untuk bantu anda jaga kesihatan.

Berikut adalah senarai produk HUAWEI yang terlibat dalam promosi ini:

HUAWEI juga akan menganjurkan promosi yang lebih istimewa pada 11 Disember, jam 7:00 malam hingga 12 Disember, jam 1:00 pagi. Mereka akan membuat siaran langsung di Shopee dan anda berpeluang membeli produk HUAWEI pada harga serendah RM12, serta mendapatkan baucar diskaun sehingga RM500.

Berikut adalah senarai produk yang ditawarkan dalam siaran langsung itu:

Promosi HUAWEI 12.12 Year-End Sale boleh didapati di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version