Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate 30E Pro kini rasmi tapi tidak diumum: Dilengkapi Kirin 990E

Sepeeti yang dijangkakan, HUAWEI sudah mengumumkan siri Mate terbaru semalam yang terdiri daripada HUAWEI Mate40, Mate40 Pro, Mate40 Pro+ dan Porsche Design Mate40 RS. Dalam diam, sebenarnya terdapat sebuah lagi yang kini rasmi, tetapi tidak diumumkan iaitu HUAWEI Mate 30E Pro.

HUAWEI Mate 30E Pro memiliki janaan cipset Kirin 990E yang dikatakan sebuah cipset lebih baik dari Kirin 990. Sumber menyatakan bahawa Kiri 990E menggunakan dua teras Cortex-A76 yang dioptimumkan sehingga 2.36GHz dan empat teras Cortex-A55s sehingga 1.95GHz. Namun, GPUnya adalah lebih rendah berbanding Kirin 990 iaitu MP14. Cipset Kirin 990E ialah cipset proses 5nm. Semak spesifikasinya disini.

Untuk pengetahuan anda, HUAWEI Mate 30E Pro mungkin tidak diumum kerana ia hanya tersedia secara eksklusif di pasaran China sahaja. Apa pun, harganya di pasaran China masih belum diumumkan. Ia bakal tersedia dengan beberapa pilihan warna seperti Hitam, Space Silver, Cosmic Purple dan Emerald Green.

Apakah pendapat anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version