Site icon TechNave BM

Huawei Mate 40 mungkin akan dijual secara terhad di seluruh dunia

Sebelum ini, CEO Huawei bahagian kepenggunaan Richard Yu sudah pun mengatakan bahawa Huawei Mate 40 adalah telefon Huawei terakhir yang dilengkapi cipset HiSilicon Kirin. Kini, maklumat terbaru mengatakan Mate 40 tidak akan dipasarkan secara meluas di seluruh dunia kerana kekangan terhadap penghasilan cipset Kirin.

Akibat sekatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei, syarikat tersebut tidak mampu menghasilkan cipset yang cukup untuk membina telefon pintar ini. Selain itu, sumber turut mengatakan bahawa Mate 40 dan Mate 40 Pro akan dilengkapi sistem operasi yang berlainan, di mana Mate 40 Pro akan dilengkapi EMUI 11 dan Mate 40 dengan EMUI 10 sahaja.

EMUI 11 akan dilancarkan dalam acara Huawei Developers Conference (HDC) pada 12 September. Siri Huawei Mate 40 dijangka akan dilengkapi skrin 90Hz dan cipset Kirin 9000.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version